Sponsor

Wednesday, August 13, 2014

....‘PAS Bukan Parti Hingusan Dipersada Tanahair Untuk Dibuli’....


MP Temerloh, Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan hari ini menggesa agar paksaan dan sikap memberi kata dua selepas membuat keputusan sebelah pihak dijauhi dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sikap demikian boleh menyebabkan "sesuatu pakatan itu terjejas malah retak dan pecah apabila tiada lagi persefahaman dan persepakatan"."Kalau nak berpakat janganlah memaksa. Amalkan mesyuarat bersama sebelum buat keputusan."Sikap bagi kata dua adalah suatu budaya peras ugut politik yang sangat kotor. Manakan tidak, setelah membuat keputusan lalu mengugut supaya dipatuhi keputusan tersebut sedang ia tidak dimusyawarah terlebih dahulu," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa secara langsung, kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden PKR, N surendran pagi tadi menggesa PAS agar membuat keputusan berkenaan krisis di Selangor dengan segera.
Surendran berkata PAS tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos ini untuk membuat keputusan."Sementara PAS mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada PAS.
"PAS bukan parti hingusan di persada politik tanahair untuk dibuli sedemikian rupa," kata Nasrudin menerusi laman Facebook beliau.-MK/13 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/