Sponsor

Tuesday, August 12, 2014

Apa Alasan Sultan Tolak Permohonan Dr Wan Azizah Nak Berjumpa...?..


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor tentang keengganan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu menteri besar Selangor, kata Datuk Mohamad Munir Bani.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, baginda menolak pertemuan itu kerana surat permohonan itu ditulis oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Dr Wan Azizah.
"Baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan menteri besar Selangor," katanya. – TMI/12 Ogos, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/