Sponsor

Saturday, August 2, 2014

[Gambar] – Kesan Letupan Saluran Gas Di Taiwan...

Kaohsiung: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 271 cedera selepas beberapa letupan gas bawah tanah berlaku di bandar raya kedua terbesar Taiwan ini semalam.
Kejadian itu menyebabkan konkrit dan kereta melambung ke udara serta memusnahkan tebing jalan.
Letupan awal pagi semalam itu berlaku di kawasan yang padat penduduk, tempat beberapa kilang petrokimia mengendalikan saliran paip bersebelahan dengan sistem kumbahan di Kaohsiung, bandar pelabuhan di barat daya negara itu.
Antara mangsa ialah anggota bomba yang tiba untuk menyiasat kebocoran gas beberapa jam sebelum letupan yang turut memusnahkan lima kereta bomba. Daripada 24 yang terbunuh, empat ialah anggota bomba, kata Agensi Kebakaran Kebangsaan.
“Tengah malam semalam, rumah mula bergegar. Saya menyangka ia gempa bumi. Tetapi, apabila membuka pintu, saya melihat kepulan asap dan terbau gas,” kata Chen Qing-tao, 38, yang tinggal tidak jauh dari kawasan utama letupan.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas propana, bahan petrokimia yang bukan untuk kegunaan awam.
Bagaimanapun, punca dan sumber kebocoran masih tidak diketahui, kata pegawai.
Saluran gas yang meletup itu milik syarikat kerajaan, CPC Corp. Syarikat berkenaan, dalam kenyataannya berkata, ia tidak menunjukkan sebarang masalah sebelum letupan. Rakaman yang disiarkan stesen televisyen TVBS menunjukkan penduduk mencari mangsa di depan deretan kedai sementara anggota penyelamat menarik keluar mangsa dari runtuhan.
Perdana Menteri Jiang Yi-huah berkata, lima letupan menggegarkan bandar raya itu.
Kebanyakan yang cedera terdiri daripada mereka yang berada di kawasan berhampiran, selepas terkena serpihan atau dihempap kereta yang melambung akibat letupan itu. - AP

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/