Sponsor

Tuesday, August 26, 2014

Tangguh Perletakan Jawatan, Sultan Selangor Mahu Lebih Dua Nama Calon Menteri Besar Yang Baru..

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menangguhkan penerimaan permohonan Tan Sri Abdul Khalid untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar sehingga perlantikan baru ditentukan. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak istana dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Abdul Khalid pada sidang media di Bangunan SUK, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu Sultan, keputusan itu bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berjalan lancar dan teratur.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 26 Ogos 2014 untuk menyembah maklum bahawa beliau memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. "Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau sehingga menteri besar yang baru ditentukan," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, baginda telah menitahkan agar setiap parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. Ini menurut kenyataan itu, bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan  dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

Menurut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam perlantikan seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.-HD/26 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/