Sponsor

Thursday, January 22, 2015

SU Agong MIC Sanggup Mogok, Mati Tak Makan..?



Setiausaha agung MIC G Kumar Aaman berikrar untuk meneruskan mogok laparnya “hingga ke akhir hayat” bagi mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memenuhi tuntutanya."Saya akan terus berada di sini hingga akhir hayat. Saya sanggup mati demi masyarakat India,” katanya.

Kumar dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden parti Datuk Seri G Palanivel, namun ROS tidak mengiktiraf kedudukannya.
Beliau berikrar untuk tidak berganjak selagi Kementerian Dalam Negeri tidak menyingkirkan Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah  dan pasukan penyiasatnya dari kes berhubung masalah pemilihan MIC.Kumar ketika bercakap kepada pemberita berkata, beliau akan tidur di luar bangunan dan tidak akan makan sehingga “keadilan ditegakkan”.
Beliau bagaimanapun akan tetap minum, katanya.Beliau ditemani peguam T Rajasekaran, anggota jawatankuasa pusat KP Samy dan ketua penerangan, L Sivasubramaniam.Pergolakan dalam MIC itu timbul selepas ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru untuk tiga jawatan naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat.-MK/22 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/