Sponsor

Saturday, January 10, 2015

Takziah - Bekas Yang di Pertua Sarawak Ke 3, Tun Abdul Rahman Ya’kub Meninggal Dunia..

Takziah

Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3, Tun Abdul Rahman Ya'kub, meninggal dunia pada jam 9.30 malam ini di Pusat Perubatan Pakar Normah di Petra Jaya, Kuching.
Walaupun kerajaan negeri masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi, Rahman yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran beliau ke-87 enam hari lepas iaitu pada 3 Januari – dipercayai meninggal dunia akibat sakit tua.
Pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak pada zaman kemuncak pemberontakan komunis – Julai 1970 hingga Mac 1981 – merupakan bapa saudara Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak).

Anak perempuan sulungnya, Norah, juga merupakan ahli Parlimen Tanjong Manis. 
TMI 9 Januari, 2015.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/