Sponsor

Monday, January 19, 2015

Mengapa Altantuya Di Bunuh..?..Peluang Sirul Dedah Punca Sebenar..!

PAS menggesa Koperal Sirul Azhar mendedahkan perkara sebenar berhubung skandal pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada media Australia selepas negara itu enggan memenuhi permohonan Malaysia mendapatkan perintah ekstradisi terhadapnya yang dikenakan hukuman mati.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, Sirul perlu menjelaskan hal sebenar bagi menjawab semua persoalan yang sudah berlarutan sejak 2006."Kalau boleh di Australia itu Sirul ceritakan keseluruhan kepada akhbar di Australia kenapa dia bunuh Altantuya. Kes ini dah berlarutan lama dan akan terus jadi isu sehingga semua persoalan itu terjawab," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul, 43, kerana membunuh penterjemah itu 9 tahun lalu.Bagaimanapun Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana mereka merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya. – TMI/19 Januari, 2015.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/