Sponsor

Sunday, January 24, 2016

Disebalik Ketegangan Israel Palestin (Intifadah III), Mahmoud Abbas Dimana..?


abbas
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menekankan bahawa pihaknya akan terus menjalankan kerjasama keamanan dengan penjajah Zionis Israel untuk mencegah meluasnya gerakan Intifadah III yang meletus sejak awal bulan Oktober tahun 2015.
“Kita tidak akan menerima bahawa ada anak-anak kami yang pergi untuk melemparkan batu ke arah tentera Israel dan kemudian mereka membunuhnya dengan tanpa belas kasihan” kata Mahmoud Abbas dalam wawancaranya dengan media lokal pada Sabtu 23/01 malam.
Abbas melanjutkan, “Hingga saat ini kami terus menjalin kerjasama dan koordinasi keamanan dengan Zionis Israel. Akan tetapi perlu di ingat bahawa kita tidak akan mematuhi perjanjian apapun dengan mereka jika mereka juga tidak mematuhi perjanjian yang telah disepakati tersebut.”
Sementara itu ketika ditanya mengenai perundingan damai dengan penjajah Zionis Israel, Abbas menegaskan bahawa perundingan tidak akan dilanjutkan hingga mereka menghentikan pembangunan ilegal di tanah Palestin dan membebaskan 30 warga kami yang ditangkap sebelum perjanjian Oslo ditahun 1993.
Berita asal Era Muslim/24 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/