Sponsor

Thursday, January 14, 2016

Bergambar- 18 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Dirempuh Lori Hantu Di Hadapan Sek Men Keb (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras..


Dua maut, lori hantu terbabas depan sekolah

CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir di hadapan sekolah serta dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Proton Wira sebelum merempuh sebuah van Nissan Vannet.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sebuah jentera dari Kajang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.“Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit.,” katanya.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.Difahamkan, anggota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah van sementara seorang lagi mangsa tercampak akibat pelanggaran itu.



Ujarnya, dua wanita yang cedera adalah peniaga di kaki lima sekolah dan pemandu Proton Wira di hantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat brek yang tidak berfungsi ketika menuruni kawasan berbukit di hadapan sekolah sebelum merempuh semua kenderaan. Kenderaan berkenaan kemudiannya tersangkut pada sebatang pokok di kaki lima sekolah.
Pemandu lori ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan.Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel dari SH/14 Januari 2016
Sumber Gambar dipetik dari rakan2 facebook

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/