Sponsor

Wednesday, January 13, 2016

Kenyataan DAP Supaya PAS Melihat Umno Sebagai Musuh Utama Diibarat 'Mengajar Itik Berenang'..


Ahmad Fadhli Shaari

Kenyataan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin bahawa Pas sepatutnya melihat Umno dan BN sebagai musuh utama hanyalah seperti ‘mengajar itik berenang’.Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama ini Pas tidak pernah berundur dari cita-cita untuk menggantikan BN di tampuk pentadbiran negara dan kenyataan hanyalah untuk menanamkan persepsi bahawa Pas sedang menjalin hubungan persahabatan dengan Umno.
“Ia sekali gus menjulang DAP sebagai hero di kalangan pakatan parti pembangkang. Bee Yin barangkali keliru atau sengaja mengelirukan khalayak apabila menyebut bahawa Pas menjadikan DAP sebagai musuh utama sedangkan jelas bahawa pihak yang mula-mula mencetuskan permusuhan di antara kedua-dua parti ini ialah DAP sendiri.
“Bee Yin perlu sedar bahawa DAP lah yang telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada 24 Mac 2015,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Bee Yin mendakwa Pas sepatutnya melihat Umno serta BN sebagai musuh sebenar mereka sekiranya berhajat mengubah pentadbiran negara dan bukannya melabelkan DAP sebagai seteru baharu.Tambah Ahmad Fadhli, di Sarawak, DAP juga telah mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat pada 27 Mac 2015 tanpa sebarang bantahan dari DAP Pusat.Manakala usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP hanya dibentangkan di dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat pada bulan Jun 2015 iaitu selepas tiga bulan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas.
Beliau berkata, Bee Yin perlu kembali menelaah sejarah kerana Pas tidak pernah menggugurkan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan ini telah dimaklumi oleh pimpinan DAP sama ada ketika PRU 2008 mahupun PRU 2013.“Apakah yang membezakan Pas pada masa itu dengan Pas pada masa sekarang sehingga DAP bertindak membakar kapal Pakatan Rakyat? Ahli parti manakah yang boleh bersabar apabila Presiden mereka dilabel sebagai hilang akal oleh pimpinan utama parti sekutu?
“Sedarkah Bee Yin bahawa Guan Eng telah melontarkan label ini kepada Presiden Pas pada 24 Mei 2015? Lim Guan Eng juga telah membuat kenyataan terbuka bahawa mengundi Pas sama ertinya mengundi Umno pada 15 November 2015?

"Bukankah ini semua serangan terhadap Pas? Bahkan dalam kenyataan yang sama, Lim Guan Eng dengan jelas dan terang menyatakan bahawa kewujudan DAP di Selangor ialah untuk menghalang Pas ‘berbuat jahat’ seperti yang dilakukan Pas di Kelantan,” katanya.SH/13 Januari 2016

1 comments:

  1. Mmg hadi awe tak Leh pakai..
    Mu pon ingat ore pasir mas suko ko mu ko
    Tui...

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/