Sponsor

Sunday, January 24, 2016

Thailand-Penduduk Temui Serpihan Pesawat Cetuskan Spekulasi Mungkin Milik MH 370 Yang hilang..?

BANGKOK: Satu serpihan disyaki bangkai kapal terbang ditemui di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan malam tadi. Ia mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu mungkin milik penerbangan MH370, yang hilang kira-kira dua tahun lalu. Kepingan besar logam melengkung itu terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti objek itu. "Mereka menemui serpihan berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang," katanya. Penemuan itu menyokong spekulasi media Thailand yang sisa itu mungkin daripada penerbangan MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014. Setakat ini, tiada pengesahan rasmi serpihan itu milik sebuah kapal terbang. Patthikongpan menambah, nelayan memberitahu ia mungkin berada di laut tidak lebih setahun bersandarkan teritip yang melekat padanya. - REUTERS

Sementara itu,Menteri Pemgangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Tiada sebarang kepastian mengenai bangkai pesawat yang ditemui di perairan Thailand, mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada Mac 2014. Justeru itu beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin mengenainya, bagi mengelak sebarang tekanan khususnya kepada keluarga dan waris penumpang yang hilang. "Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat rasmi sama ada ia ada kaitan dengan MH370...apa pun kita sudah arahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk dapatkan maklumat dan butiran daripada pihak terbabit," katanya kepada pemberita, di sini, sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan objek di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat, di Thailand yang didakwa mungkin serpihan MH370.


Artikel dari BHonline/24 Jan 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/