Sponsor

Thursday, January 21, 2016

Laungan 'Kami Nak Mukhriz' Mengiringi Lebih Seribu Rakyat Kedah Menyokong Kepimpinan DS Mukhriz Tun Mahathir..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi beliau sejak dilantik menerajui pentadbiran negeri berkenaan.Katanya dalam satu kenyataan, kedudukan beliau sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.
Selain itu Muhkriz berkata, kedudukan beliau sebagai menteri besar ini juga adalah atas perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan Umno Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.“Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Katanya, beliau memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.“Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,” katanya.

Lebih 1,000 orang hadir menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir seawal 8.00 malam.Sekumpulan penyokong yang berhimpun di Bangunan Tunku di sini, turut melaungkan "Kami Nak Mukhriz" beramai-ramai sejurus ketibaan Setiausaha Politik Mukhriz, Datuk Azmi Daim.

Terdahulu,Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.
Ahmad Bashah berkata, Mukhriz yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di negeri tersebut.
“Beliau gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah.“Sebagai menteri besar, beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan,” katanya selepas perjumpaan tertutup pemimpin Umno negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Mukhriz turut dituduh gagal menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.“Beliau juga gagal membuat perancangan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti,” katanya yang dipetik laporan Bernama.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/