Sponsor

Monday, January 18, 2016

Bimbang Dengan Kebangkitan Rakyat, Regim Boneka Mesir, Fatah As Sisi Haramkan Simbol Rabia..?


Simbol 4 jari-1-jpeg.image
Simbol 4 jari atau dikenali sebagai simbol Rabia yang cukup popular di Mesir terutama dikalangan mahasiswa negara Mesir itu kini bertukar menjadi ancaman kepada mereka sendiri. Regim Mesir pimpinan Fatah As Sisi kini memperkenalkan rang undang-undang baru bagi menghalang penggunaannya termasuk pemilikan, pemasangan dan penyebaran.

Dari sumber menyatakan, Pasukan keamanan negara itu akan menahan sesiapa sahaja termasuk mahasiswa yang memiliki alat tulis, penggaris dan pemadam yang terdapat tanda ‘empat jari’.Dalam undang-undang tersebut, mereka yang didapati menggunakan dan menyebarkan simbol Rabia akan dipenjarakan dan denda sebanyak 10 ribu pound Mesir secara minimum dan maximum sebanyak 30 ribu pound Mesir.Hal ini termasuk mereka yang memproduksi, memposting, mempromosi, mengimport dan mengeksport, mengangkut atau memiliki dengan niat untuk memperdagangkan, menyewakan atau menampilkan dalam bentuk lencana, gambar, poster, lukisan tangan, fotografi dan simbol grafik lainnya. Hal ini akan dinilai sebagai satu bentuk mengembangkan keganasan oleh pemerintah Mesir.
Begitulah ‘gambaran keganasan’ yang cuba diungkapkan oleh pihak pemerintah Mesir terhadap simbol Rabia sedangkan populariti simbol Rabia sebenarnya digunakan rakyat Mesir untuk melawan kezaliman dan penindasan regim tentera yang melakukan rampasan kuasa terhadap kuasa pemerintah Mesir yang sah dan dipilih rakyat secara demokrasi, Dr Mohammad Morsi.
Cetusan simbol ‘4 jari’ merupakan hasil kreativiti Presiden Turki, Recep Tayyeb Erdogen dijadikan simbol yang melambangkan keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk mendukung penuh kepimpinan Dr Morsi dan dikenali juga sebagai simbol Rabiah atau Rabi’ah atau Arba’ah yang bermaksud ‘empat’ serta menjadi simbol mengenang medan jihad Rabiatul Adawiyah yang mengorban ramai rakyat mesir.
Wallahuaklam/Pelbagai sumber/Rujuk lain sumber untuk ketepatan maklumat.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/