
Najib yang
juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara
memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan
displin parti.“Majlis
Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat
sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin."Perkara
lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.
Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir diLapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan
bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presidendan naib presiden, tidak hadir pada mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.MK/24 Nov 2015
0 comments:
Post a Comment