Sukar
untuk memberikan jawapan yang pasti, namun Wan Zairi Afthar Ishak merasakan
peratusan kes tidak banyak berbeza di antara kedua-duanya. “Jika dahulu kisah
kecurangan kebanyakan dikaitkan dengan lelaki. Namun dalam dunia yang semakin
moden, sesiapa sahaja boleh terjerumus. “Sebagaimana berlaku curang seorang
lelaki, wanita juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Beliau
yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia selama enam tahun
mengakui kes curang atau perbuatan tidak setia merupakan kes paling banyak
diadukan klien kepada pihaknya. “Setiap klien mempunyai kisahnya tersendiri.
Kebanyakan klien kami terdiri daripada golongan atasan, kenamaan, kerabat
diraja dan artis. Ada juga golongan pertengahan,” katanya.
Menceritakan
salah satu kes yang pernah dikendalikan, menurut Wan Zairi, perbuatan curang
yang ingin dikongsikan melibatkan golongan sosialit iaitu seorang isteri yang
menjalin hubungan sulit dengan ‘anak ikan’ (lelaki peneman). “Klien kami
merupakan seorang lelaki berstatus VIP. Pada mulanya dia agak malu untuk
menceritakan masalah sebenar yang dihadapi namun, disebabkan mahukan kebenaran
akhirnya dia berterus terang mengesyaki isterinya mempunyai skandal dengan
lelaki lain. “Seperti biasa selepas bersetuju untuk menerima kes terbabit, kami
pun mula mengekori dan mengawasi gerak-geri wanita berkenaan yang dalam
perjalanan menuju ke Pulau Tioman. “Tanpa diduga wanita berkenaan singgah di
sebuah lokasi untuk mengambil rakan-rakannya yang juga berstatus isteri orang.
“Menyambung perjalanan mereka kemudian berhenti di satu lokasi lain dan bersuka
ria di sebuah pusat hiburan.
Namun
apa yang mengejutkan kali ini mereka bersama dengan ‘anak ikan’ masing-masing.
Rupa-rupanya mereka sekumpulan isteri-isteri orang yang ada skandal dengan ‘anak
ikan’,” katanya. Selepas puas berhibur, perjalanan diteruskan pula ke destinasi
sebenar iaitu Pulau Tioman. Sampai sahaja di lokasi berkenaan, kesemua wanita
berkenaan bersama pasangan ‘anak ikan’ masing-masing memasuki sebuah hotel dan
menginap di sana. “Sepanjang mengekori mereka, kami menyamar sebagai pelancong
namun, untuk memastikan sasaran tidak mengesyaki apa-apa, kami pun turut serta
bersama kumpulan berkenaan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat. “Kesempatan
itu kami gunakan sebaiknya. Sepanjang tiga hari di sana bermacam-macam aksi
dirakam untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada klien,” katanya.
Namun
agak membimbangkan sebaik memperolehi bukti berkenaan, klien bertindak nekad
datang ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri kecurangan isterinya. “Pada
masa itu emosi VIP tersebut memang dalam keadaan tidak terkawal. Sedih, kecewa
dan marah pun ada. Bila-bila masa sahaja dia bersedia menyerang pasangan
skandal itu. “Melihat keadaannya itu, kami pun menasihatkan dia supaya tidak
mencetuskan jenayah keganasan yang boleh memberi kesan pada dirinya. Akhirnya
dia akur dan bertindak mengetuk pintu bilik penginapan isterinya. “Sebaik
sahaja pintu dibuka, situasi di dalam bilik tersebut bertukar seperti sebuah
drama. Memang menyedihkan apabila klien terpaksa menyaksikan kecurangan
isterinya di hadapan matanya sendiri sebelum sempat berkata ‘sampai hati awak
buat saya macam ini,” katanya. Utusan Online/7 November 2015
0 comments:
Post a Comment