Sponsor

Monday, November 16, 2015

Inilah Punca Azmin Sayang Kepada PAS Di Selangor, Tapi Lim Guan Eng Tak Tahu..?



Pemuda PAS Selangor menegaskan rakyat menilai gerak kerja PAS di negeri itu yang mengembleng tenaga bersama-sama Menteri Besar Azmin Ali untuk menjayakan agenda kebajikan kerajaan negeri. Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Halim berkata PAS mendokong dasar dan usaha kerajaan negeri termasuk bajet yang bertemakan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" dalam menitikberatkan kebajikan rakyat.
"Realitinya rakyat Selangor sendiri boleh melihat kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh exco-exco PAS bahkan khidmat bakti itu bukan sahaja dilakukan melalui saluran kerajaan semata-mata."Bahkan PAS di Selangor itu sendiri melalui ahli-ahlinya sentiasa menyantuni dan mendahului untuk gerak kerja memberi kebajikan kepada rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengecam tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa PAS akan "berbuat jahat" jika parti Islam kekal dalam kerajaan negeri dan menyifatkan tuduhan itu ibarat "orang gila yang bercakap tiada asas".

Semalam Lim berkata DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" dan bagi menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Syarhan menegaskan tuduhan Lim tersebut dibuat akibat sikap "tidak puas hati" ekoran desakan mereka untuk mengeluarkan PAS dari kerajaan negeri tidak berjaya."Tuduhan DAP mengatakan hendak menghalang PAS dari buat jahat sebenarnya memakan diri DAP sendiri kerana rakyat Selangor boleh menilainya dengan baik."Hasilnya dengan tekanan demikian mereka menjadi umpama 'orang gila'," kata Syarhan yang turut membidas DAP kerana mengaitkannya dengan kerajaan Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menegur DAP di Selangor supaya mengambil sikap berusaha bersama-sama membangunkan kerajaan negeri dengan mengutamakan agenda rakyat dan tidak mengizinkan sikap prejudis menggangu gerak kerja serta khidmat bakti untuk rakyat.MK/16 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/