
Pesawat Singapore Airlines dari Sydney
ke Kuala Lumpur terpaksa diubah haluan dan mendarat cemas di Bali, Indonesia
selepas berlaku amaran kebakaran. Bagaimanapun, amaran itu ternyata
tidak benar apabila sistem pengesan asap pesawat pengangkut SQ-7108 jenis
Boeing 747-400 itu tersilap bacaan.
The Aviation Herald melaporkan
amaran kebakaran sebenarnya disebabkan oleh gas daripada kentut dan najis
kambing biri-biri. Selain membawa empat anak kapal,
pesawat itu turut mengangkut 2,186 ekor kambing biri-biri.“Perkhidmatan kecemasan tidak menemui
sebarang tanda kebakaran, kepanasan atau asap.“Petunjuk asap itu disebabkan oleh
kentut dan najis kambing biri-biri,” menurut laporan itu lagi.
Pesawat itu tiba ke Kuala Lumpur
kira-kira 2 jam setengah kemudian selepas berlepas semula dari Bali. Kentut dan najis haiwan mengeluarkan
gas metana.MK/4 November 2015
0 comments:
Post a Comment