Sponsor

Thursday, November 5, 2015

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Antara Yang Tersenarai Untuk Dibahaskan Di Parlimen...

Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersenarai dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini tetapi tidak mungkin akan dibahaskan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.
Ia disenaraikan sebagai item terakhir, di nombor 31, dalam senarai usul untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat semasa, iaitu Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-13, yang berakhir pada 3 Disember. Oleh itu, rang undang-undang Dr Wan Azizah itu tidak akan berpeluang dibangkitkan kerana ada 8 rang undang-undang kerajaan lain yang mendahuluinya, dan 22 usul dikemukakan ahli Parlimen persekutuan lain. Mengikut konvensyen, urusan kerajaan mengambil keutamaan dan akan diselesaikan terlebih dulu.

Usul itu berbunyi: "Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia." - 
TMI– 5 November, 2015.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/