
Selepas 13 Umno cawangan Teluk Kemang
mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya
Oktober lalu, semalam Umno Sepang pula tambil membuat perkara sama menentang
kepimpinan parti. Kumpulan yang
disertai sembilan wakil dalam bahagian Sepang itu berkata, ahli Umno perlu
mempertahankan parti keramat itu, bukannya individu tertentu.
Ketua Umno
Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Umno bukan milik
peribadi Datuk Seri Najib, dan mereka berharap perkara yang membimbangkan
sekarang diselesaikan segera sebelum Umno dan BN ditolak dalam PRU14 akan
datang."Saya tak
nampak hari ini apaila bersama akar umbi, bersama pengundi bahawa Umno dan BN
akan dipilih sekali lagi."Jadi saya
amat berharap dan merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan
jawatan sebagai Perdan Menteri dan seterusnya Presiden Umno, jika Datuk Seri
sayangkan parti keramat ini, sudah sampai masanya kerana masa diberikan lama
sekali untuk Datuk Seri selesaikan masalah," katanya dalam satu sidang
media khas semalam.
Beliau yang
juga bekas Pengarah War Room BN Sepang ketika PRU13 lalu menegaskan, terdapat
lebih 20 cawangan dalam Sepang setuju dengan tindakan ini.Dalam pada
itu, Rushdan berkata beliau bersedia untuk dikenakan apa sahaja tindakan
daripada partinya selepas keberaniannya mendesak Najib meletakkan
jawatan. "Saya
berdiri pada dasar utamakan kepentingan parti, saya bersedia untuk dipecat
disoal siasat dan sebagainya, saya ingat lagi kali pertama saya keluarkan
kenyataan tentang "Rayuanku Pada Tuan Presiden' saya telah difitnah dengan
begitu teruk oleh seseorang. Saya difitnah melarikan duit PRU13 balik buat
rumah banglo di kampung. "Saya
difitnah kerana menentang Najib, dan kalau lihat balik tidak mustahil saya akan
difitnah semula, jadi saya bersedia untuk apa sahaja tindakan oleh parti, saya
hanya melakukan apa sahaja yang termampu, saya tidak mahu saya disoal oleh anak
cucu saya esok apa yang saya lakukan untuk mempertahankan Umno kerana mempertahankan
pemimpin yang tidak betul," katanya.SH/18 November 2015
0 comments:
Post a Comment