
Presiden
Persatuan Suku Kaum Banjar Tawau, Badrianshah Mohd Hamdi berkata, tindakan Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu menunjukkan Nurul Izzah menghalalkan perbuatan
Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab mengarahkan pencerobohan yang telah
mengorbankan anggota keselamatan negara."Kita
sebagai rakyat Sabah, khususnya di pantai timur mengutuk tindakan Nurul Izzah
yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di sini."Tindakan
itu perlu dikecam kerana ia seolah-olah tidak menghormati anggota keluarga
pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di
Tanduo," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jacel memuat
naik empat gambar bertarikh 9 November dalam akaun facebook beliau yang
memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.Pada masa sama,
Badrianshah berkata pihaknya bersetuju dengan gesaan beberapa pihak yang
meminta kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah."Ia
bertepatan demi menjaga perasaan rakyat Sabah yang telah terguris dengan
tindakannya. Selain itu kita berharap Nurul Izzah memohon maaf secara terbuka
kepada seluruh rakyat negara ini," katanya.
Sementara itu,
Ketua Penerangan Pertubuhan Perpaduan Islam Sabah (PPIS), Ahdie Dodds berkata,
pihaknya turut kecewa dengan tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel baru-baru ini,
dan berharap beliau akan segera memohon maaf."Walau
apa sahaja tujuan Nurul Izzah berjumpa Jacel, ia tetap membuatkan rakyat sakit
hati kerana Jacel turut menyokong insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu
itu," katanya.
Ahdie berkata,
pihaknya juga menyokong sekiranya kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul
Izzah ke negeri ini. - Bernama
0 comments:
Post a Comment