
KAJANG - “Kenyataan disuarakan DAP
untuk letakkan calon di kerusi Pas sebenarnya agenda Parti Amanah Negara
(Amanah),” demikian reaksi Adun Dusun Tua, Razaly Hassan. Menurutnya, DAP tidak berani bertanding di kawasan
majoriti Melayu, termasuk kawasan dimenanginya di Dusun Tua, namun beliau
percaya kenyataan dibuat atas desakan Amanah. Situasi terkini katanya, jelas menunjukkan Amanah
memusuhi dan mahu melumpuhkan Pas, malah sanggup diperalatkan oleh DAP.
Razaly berkata, Pas tidak kisah sekiranya DAP mahu meletakkan calon di mana-mana kerusi untuk bertanding pada PRU14."Itu hak dia sebagai parti politik yang berdaftar dengan ROS. Saya tak boleh komen lebih-lebih kerana perkara ini ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya.
Razaly berkata, Pas tidak kisah sekiranya DAP mahu meletakkan calon di mana-mana kerusi untuk bertanding pada PRU14."Itu hak dia sebagai parti politik yang berdaftar dengan ROS. Saya tak boleh komen lebih-lebih kerana perkara ini ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun Pas kini mengambil
perhatian lebih sedikit selepas melihat kelantangan Setiausaha Publisiti DAP,
Tony Pua.Ini dibuat supaya tidak timbul isu tidak sihat dalam
kalangan ahli bawahan.“Sebelum mereka buat kenyataan pun kita dah tahu
agenda sebenarnya, kita tak demam atau gentar kalau DAP nak letak siapa juga
calon,” katanya.
Beliau kecewa dengan sikap pemimpin parti Amanah yang
berterusan mengganggu Pas.Amanah sebelum ini katanya, bertindak keluar parti
kerana mendakwa Pas mahu bekerjasama dengan Umno serta BN.Sekiranya tidak bersetuju katanya, pemimpin Amanah
sepatutnya mengganggu Umno atau BN bukan mengganggu kerusi Pas.“Kalau tak setuju dengan BN kenapa tak umum nak
bertanding di tempat ada calon BN? Patutnya ajaklah ahli Umno masuk Amanah,
bukannya ajak ahli Pas,” katanya.
Menurutnya, sebagai Adun Pas, beliau tetap
memperkasakan dan melaksanakan amanah rakyat dan akan membuat yang terbaik
menjelang PRU14.SH/1 November 2015
0 comments:
Post a Comment