
Cecair perasa vape yang mengandungi
nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan
berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Dr. Noor Hisham berkata, itu merupakan
keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan
vape di negara ini. "Cecair vape yang mengandungi
nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952.
"Ia hanya boleh dijual oleh ahli
farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan,"
katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa
Khas berkaitan e-rokok atau vape di sini hari ini.
Katanya, lagi mengikut Akta Racun
1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi
undang-undang. - Bernama
0 comments:
Post a Comment