Sponsor

Tuesday, November 3, 2015

Kenapa Tayyib Erdogen Menang Lagi Di Turki...?

Turki, sebuah negara yang pernah memimpin dunia Islam. Latarbelakang sejarah Turki cukup dikenali melalui kehebatan khalifah Usmaniyah yang menguasai seluruh Tanah Arab sehingga ke Eropah kira-kira lebih tujuh abad lamanya.
Seiring dengan kuasa-kuasa besar lainnya seperti Amerika, German, Itali, Perancis, Britain, Israel dan sejumlah negara lainnya, Turki adalah antara sebuah negara Asia turut sama menganggotai NATO. Tetapi, Turki tidak sewenang-wenangnya tunduk tanpa berfikir terhadap keputusan Nato. Ini terbukti dengan langkah Turki pernah membatalkan latihan perang bersama anggota NATO disebabkan sikap ‘mual’ Israel yang angkuh.
Kekejaman regim Zionis Israel dengan tindakan ketenteraan serta menyekat segala bantuan keatas rakyat Gaza juga mengundang kemarahan Turki. Erdogen mengambil langkah untuk menjauhi Israel dengan menarik Duta Besarnya dari Israel serta membatalkan kerjasama pertahanan dengan Israel. Sewaktu krisis Turki-Israel semakin membarah, Turki menghantar misi kemanusiaan bersama kapal Mavi Marmara namun kapal ini kemudian diserang pasukan khusus Israel dan mengakibatkan tewasnya sejumlah aktivis kemanusiaanTurki dan negara-negara lainnya.Bahkan ketika berlangsungnya pertemuan FORUM EKONOMI GLOBAL di Davos, Swiss, Erdogan meninggalkan forum sesudah mengkritik Presiden Israel ketika itu, Simon Peres dan kemudian pulang ke negaranya. Setelah tiba dinegaranya, Erdogan disambut oleh ribuan rakyatnya umpama ‘Wira’ yang baru kembali dari berjuang.
Erdogan benar-benar seorang tokoh dan pemimpin yang memiliki perhatian terhadap nasib umat Islam yang lain di berbagai penjuru dunia. Sebutlah dimanapun. Somalia, Ethiopia, Mesir, Bosnia, Uighur, India serta Dunia Arab, bahkan nasib Muslim Rohingnya. Erdogen sangat mengambil berat terhadap Muslim dimana-mana pun yang dilanda musibah. Ia tidak hanya membiarkan kekayaan Turki hanya dinikmati rakyat Turki.
Di Somalia, penah terjadi bencana kemanusiaan dan kelaparan sehingga mengorbankan ratusan rakyat Somalia lalu Erdogan bersama isterinya Emina, anaknya Sumayya dan beberapa menterinya membuat kunjungan kemanusiaan ke Somalia. Dari situ,Turki melalui kedutaan nya di Somalia menghulurkan bantuan kepada pemerintah Somalia berjumlah US 500 juta.
Pergilah ke Turki sekarang. Lihat sendiri bagaimana Turki menanggung kesengsaraan pelarian Syria yang berjumlah lebih dari 2.5 juta orang. Satu angka yang cukup besar bagi jumlah pelarian yang tidak mungkin ditanggung oleh negara-negara lain. Erdogen tidak keberatan untuk memperuntukkan dana yang terkini mencatatkan sebanyak US750 juta untuk membina prasarana termasuk sekolah, hospital serta Universiti khas buat pelarian Syria. Apa yang dilakukan Erdogen untuk melindungi pelarian Syria umpama menjaga anak-anaknya sendiri. 

Ketika Erdogan menerima berita kesengsaraan Muslim Rohingya yang diperlakukan secara kejam oleh ekstrim Budha di Myanmar, Erdogen terus mengarahkan isterinya sendiri, Aminah untuk berkunjung ke Myanmar. Melihat sendiri bagaimana penderitaan mereka. Ternyata, Aminah sendiri tidak mampu menahan sebak didada. Bercucuran airmatanya melihat kesedihan dan keperitan hidup insan seagamanya diperlakukan sedemikian rupa.
Sikap Erdogen terhadap Ikhwan Muslimin di Mesir. Sehingga sekarang Erdogen tidak mengakui Regim Kudeta Fatah As Sisi yang merampas kuasa di Mesir. Padanya hanya Presiden Mohamad Morsi adalah Presiden yang sah yang dipilih rakyat secara demokrasi. Ketika Presiden Mohamad Morsi menjadi Presiden Mesir, Erdogen antara pemimpin terawal membuat kunjungan bertemu Morsi serta tokoh-tokoh Ikhwan yang lain.
(Pernah terdengar cerita Erdogan menangis teresak-esak ketika membaca surat yang dikirimkan oleh Mohamad Beltagi dari dalam penjara. Beltaqi menceritakan, beliau tidak sempat berjumpanya anaknya Asmah. Tiba-tiba beliau mendapat berita kematian Asmah di Rabi’atul Adawiyah yang ditembak tentera Regim Kudeta. Beltaqi bersedih kerana tidak dapat menghantar puterinya buat kali terakhir di kuburan) Begitu memilukan.
Begitu juga komitmen Erdogan terhadap perjuangan rakyat Palestin.Berulangkali ia bertemu dengan tokoh-tokoh Palestin, Mahmud Abbas, Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misy'al, Ismail Haniyah dan beberapa pemimpin Palestin lainnya. Semua itu membuktikan komitmen dan janji Erdogan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Erdogen adalah anak didik Profesor Necmetin Erbakan. Tokoh yang pertama mendirikan Parti Refah atau Parti Kesejahteraan Turki. Parti Refah pernah memenangi pilihanraya di Turki era tahun 90an. Sayangnya Parti Refah telah dibubarkan kerana dasarnya ingin menegakkan Islam dibumi Turki. Erbakan mempunyai cita-cita yang cukup mulia ingin mengembalikan kemuliaan Islam sebagai dasar pemerintahan di Turki. Erbakan sudah merangka sistem ekonomi dan mata wang, membangun sistem keamanan dan ketenteraan dan kerjasama dalam bidang ekonomi yang akan menjadi dasar sistem Islam. Namun ini semua gagal kerana ia dikudeta terlebih dahulu oleh tentera. Kini, perjuangan itu diteruskan oleh Erdogan yang menjadi anak didiknya dan kini berjaya mengubah Turki mengikut acuan Erbakan.
Hari ini, sekali lagi Erdogen memenangi pilihanraya di Turki. Kemenangan ini mula membuka mata dunia Islam yang lainnya. Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada Turki. Semua pemimpin gerakan Islam menyambut dengan gembira. Turki akan memainkan peranan penting termasuk menyelesaikan konflik yang terjadi di Suriah. Tetapi yang tidak gembiranya hanyalah Zionis-Israel. Mereka bersedih bercampur marah atas kemenangan Erdogan.
Mungkin ada yang tahu betapa Regim Zionis Yahudi telah menghabiskan lebih dua Trillion semata-mata mahu menumbangkan Erdogan semenjak tahun 2010. Mengikut sumber dari akhbar Arab yang berpengkalan di London menyatakan, wang tersebut digunakan untuk melobi supaya parti pimpinan Erdogen tumbang di Turki. Sehinggakan menjelang pilihanraya lalu, berlaku pengeboman dasyat sehingga menyebabkan 100 kematian serta mencederakan lebih 300 orang dan percubaan untuk mengaitkan Erdogan sebagai dalang utamanya namun tuduhan itu sedikitpun tidak menghalang keyakinan rakyat Turki untuk memenangkan Erdogan dalam pilihanraya lalu. Rakyat Turki tetap percaya pada Erdogen.

Terakhir. Selamatkan Turki dan sejahterakan Erdogen. Wallahuaklam.

Pelbagai sumber, rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat

1 comments:

  1. KETUA PEMUDA PAS KATA ERDOGAN BELUM BERJUANG DGN ISLAM YG SEBENARNYA......ADOII TINGGI BETUL PERJUANGAN PEMUDA PAS KAT MALAYSIA...

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/