
Timbalan Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San
menggesa supaya Menteri Besar Mohamed Azmin Ali supaya mengiktiraf bahawa
kerajaan negeri Selangor kini adalah diterajui oleh Pakatan Harapan. Menurut Lau yang juga adalah ADUN Kampung Tunku,
perkara itu perlu dijelaskan memandangkan kerajaan Selangor kini dipimpin oleh
parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah
Negara (AMANAH) manakala PAS tiada dalam gabungan itu."Satu fakta yang harus diterima ialah
kerajaan Selangor sekarang dipimpin oleh PKR, AMANAH, DAP dan PAS."PKR, DAP dan AMANAH pula bergabung di bawah
Pakatan Harapan."Oleh itu, menteri besar perlu tegas bahawa
kerajaan Selangor sekarang bernama kerajaan Pakatan Harapan," katanya pada
sidang media di lobi Bangunan Annex, Shah Alam hari ini.
Ahad lalu, perwakilan DAP Selangor mencadangkan
supaya kerajaan negeri memecat semua wakil rakyat PAS dalam pentadbiran negeri
bagi menyelesaikan kebuntuan gabungan pembangkang di negeri itu. Azmin bagaimanapun sebelum ini berkata,
pembentukan Pakatan harapan tiada kaitan dengan pentadbiran
kerajaan Selangor.
Beliau berkata, pembentukan gabungan itu hanya
membabitkan perancangan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
akan datang. Malah, katanya, tidak perlu pembentukan Pakatan
Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang kerana senario
politik di kedua-dua negeri adalah berbeza.
PKR Selangor juga mempertahankan keputusan
mengekalkan wakil rakyat PAS dalam kerajaan negeri itu dan menegaskan ia tidak
dibuat untuk kepentingan peribadi Azmin. Ini kerana ia selaras dengan resolusi Majlis
Pimpinan Pusat bulan lalu yang menuntut hubungan kerjasama dengan semua parti
politik termasuk mengukuhkan pembangkang
di peringkat pusat dan negeri.MK/3 November 2015
0 comments:
Post a Comment