Sponsor

Sunday, November 1, 2015

PKR Tidak Sebulu Dengan DAP Desak Singkir Wakil PAS Dalam Kerajaan Selangor..?

PKR Selangor hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan wakil rakyat PAS dalam kerajaan negeri itu dan menegaskan ia tidak dibuat untuk kepentingan peribadi Menteri Besar Azmin Ali.Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata keputusan mengekalkan tiga exco PAS selaras dengan resolusi Majlis Pimpinan Pusat bulan lalu yang menuntut hubungan kerjasama dengan semua parti politik termasuk mengukuhkan pembangkang di peringkat pusat dan negeri."Kerajaan Selangor perlu kekal dengan pendirian kerjasama politik secara holistik terhadap semua pihak yang mahu melihat sebuah pakatan politik yang stabil dan ampuh bagi berdepan dengan Umno dan BN dalam pilihan raya Umum ke-14."Pastinya, ia melibatkan ADUN PAS dalam membentuk 'kerjasama pentadbiran' di Selangor dengan sokongan semua ADUN," katanya dalam satu kenyataan.
Hari ini seorang perwakilan DAP Selangor mencadangkan agar kebuntuan gabungan ad-hoc antara PKR-DAP-PAS dalam kerajaan Selangor diselesaikan dengan memecat semua wakil PAS yang berjawatan dalam pentadbiran.
Pepecahan Pakatan Rakyat disebabkan pergeseran berpanjangan PAS dan DAP menyebabkan pembangkang menubuhkan Pakatan Harapan merangkumi PKR,DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), tanpa penyertaan PAS.
Bagaimanapun kerajaan Selangor pimpinan Azmin tidak menubuhkan Pakatan Harapan sepertimana penubuhannnya di Pulau Pinang.
Suhaimie turut menempelak anggota parti yang mendesak Azmin menggugurkan tiga exco PAS itu yang dianggap bertentangan dengan resolusi kepimpinan tertinggi parti dan akan menyiasat dan mengambil tindakan displin jika terdapat ahli yang menolak keputusan itu."Anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang telah diputuskan oleh MPP PKR."PKR Selangor menyokong penuh Kerajaan Negeri yang komited untuk memantapkan pentadbiran bersama rakan-rakan Pakatan Harapan dengan memperbesarkan ruang kerjasama pentadbiran termasuk terhadap Adun-Adun PAS di Selangor."Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor ini perlu di sokong kerana ia di yakini bagi menyediakan suasana kondusif demi perpaduan pergabungan politik yang lebih luas," katanya.MK/1 November 2015- 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/