Sepang: Seorang jemaah haji tidak
menyangka boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini
dia mengidap angin ahmar yang mengakibatkan lumpuh badan sebelah kiri sejak
lima tahun lalu.
Jemaah haji Fatimah Abd Latif, 60,
berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan
mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi."Saya terus memanggil anak
perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang
dialami pada waktu itu.
"Kemudian, saya cuba bergerak
tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi
bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid
Nabawi," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Seramai 455 jemaah haji yang tiba ke
tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas
Malaysia Airlines Berhad MH8289.
Fatimah berkata, ketika mula tiba di
Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, dia
memerlukan kerusi roda untuk bergerak."Alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki
kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah."Allah memakbulkan doa saya dan
kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,"
katanya.Metro/28 Oktober 2015
0 comments:
Post a Comment