Pas
menegaskan parti itu tidak akan mengambil jalan pintas untuk mencapai tujuan
yang akhirnya mereka terpaksa 'berjalan kaki' kerana salah jalan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan
menyertai Pakatan Harapan kerana akhirnya ia tidak akan dapat mencapai
matlamat."Pas tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam
dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak
sampai ke destinasi, selepas itu kena jalan kaki jauh.
"(Pas tidak akan sertai Pakatan Harapan?) Kita (Pas) tidak ada
harapan...dengan harapan yang tidak sampai ke destinasi. Macam yang saya sebut
tadi, naik bas ekspres, nak pergi Kuantan tapi (lalu) jalan ke Kuala Lipis.
Mana boleh sampai," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di
sini, hari ini.
Ketika ditanya kemungkinan bayangan bas ekspres itu sebagai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan, beliau berkata perkara itu mengikut tafsiran masing-masing."Itu ikut sendiri. Masing-masing boleh menilai dan boleh faham sendiri," katanya ringkas.
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga menegaskan parti itu bukan sahaja boleh berdiri sendiri malah sudah lama bersendiri. "Dan kita percaya banyak parti lain bergantung dengan kita selama ini. Cawangan dan akar umbi kita yang kuat dan kamu saksikan sendiri, berdemonstrasi Pas tak hadir, tidak ada orang."Ini kekuatan yang ada pada kita dan kita tidak 'act' (berlagak) dengan kekuatan ini," katanya.SH/27 Oktober 2015

0 comments:
Post a Comment