Keahlian
Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis
Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan
hari ini.
Resolusi itu
dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti
itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan
Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat
selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini."Kami
membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak
untuk menyertai kami," katanya.
Mesyuarat
tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan
mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan
lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara. Azmin juga
menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri. "Biarkan
parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan
cuba masuk campur urusan parti lain. "Jika
kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk
menawan Putrajaya," katanya.
Azmin berkata,
rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk mendapatkan lebih
ramai pihak menyertai platform mereka yang sama. "Kami
akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti,"
katanya.
Presiden dan
MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan
bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah:
* PKR komited
memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keahliannya
akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;
* PKR akan
mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan
politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan
antara satu sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan
pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
* PKR akan
meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan
berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu. – TMI/11
Oktober, 2015.
Persoalan:
Apakah Resolusi PKR untuk mengajak semua Parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak untuk sertai Pakatan Harapan dibincangkan terlebih dahulu dengan DAP serta Amanah yang merupakan rakan bersama dalan Pakatan Harapan.?
0 comments:
Post a Comment