Sponsor

Wednesday, October 7, 2015

Teknologi Google Maps Membuktikan Sabda Rasulullah SAW Itu Benar..?

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW pernah bersabda bahawa, “Demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Mekah dengan Hajar atau seperti antara Mekah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287)

Kebenaran mengenai kata-kata Rasulullah selepas 14 abad itu kini dibuktikan melalui aplikasi Google Maps. Teknologi masa kini yang dianggap begitu canggih yang dirancang khusus bagi pengguna untuk menemukan tempat-tempat terbaik yang ada didunia ini.
Lihat, jarak antara Mekah dan Hajar serta Mekah dan Bushra mencatatkan angka yang sama sejauh 1,272 Kilometer. Bagi yang tidak memahami tentang Islam dan utusan Allah ini mungkin akan mengatakan ianya hanyalah satu ‘kebetulan’ tetapi bagi yang faham tentu akan berkata, Inilah mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Bayangkan Rasulullah SAW hidup lebih 1,400 tahun lalu tanpa ada teknologi seperti GPS, Pesawat atau Satelit yang sentiasa berlegar diruang angkasa.Lantas, dari mana Rasulullah sendiri tahu akan hal-hal seperti itu melainkan ini semua bukti bahawa Rasulullah SAW adalah Insan pilihan yang diutuskan untuk mengajak manusia menyembah Allah.. ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah’... Sumber asal Em/Wallahuaklam.  

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/