MARANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias
Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas
solat Jumaat tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, ketika
dihubungi, mengesahkan kejadian kira-kira jam 2 petang itu.
Bekas ADUN
Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh
isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya
ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.
Beliau berkata, Allahyarham
yang baru pulang daripada solat Jumaat dipercayai ditembak selepas membuka
pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali. "Mengikut apa yang
dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat
Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu
sebelum ditembak. "Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena
pada kepala sebelum arwah rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan
Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Allahyarham Alias
yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN
Alor Limbat dari 2004 hingga 2008. Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Alor
Limbat, pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang dari 2004 hingga
2013 dan Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri dari 2011 hingga 2013. Allahyarham yang
pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan
Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan empat
orang anak.BH Online/9 Okt 2015
Selamba biar anak ‘membuang’ di landasan
10 minutes ago
0 comments:
Post a Comment