Beberapa gambar lelaki yang didakwa
pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam
keadaan separuh bogel yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran
Semporna, Sabah menjadi viral di media sosial.
Ia dikatakan
tersebar secara meluas di aplikasi WeChatdan WhatsApp.
Portal Berita Harian Online memetik tu
Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima
maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat
sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya. Katanya, polis
juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha
pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit. "Kita
sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di
luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah,"
katanya dipetik akhbar itu.
Antara gambar
yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang
wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan
separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek
tersenyum.
Pada 30 Mei
lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung
Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu. Empat daripada
mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda
RM5,000 setiap orang.
Mac lalu pula,
dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu
dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung
lain.MK
0 comments:
Post a Comment