
Pemimpin gerakan Jihad Jabhah Nusra, Abu
Muhammad Al Jaulani telah menjanjikan hadiah sebanyak 5 juta euro bagi sesiapa
saja yang dapat membunuh Presiden Bashar Al Assad dan Pemimpin Syiah Hizbullah
Lebanon, Hassan Nasrallah.
Dalam rakaman audio yang disebarkan
Jabha Nusra di internet sejak hari Isnin (12/10) Abu Muhammad mengatakan, “ Saya
akan memberikan wang berjumlah 3 juta euro bagi mereka yang dapat membunuh
Bashar Al Assad.”
Abu Muhammad
melanjutkan, “ bukan hanya wang, Jabhah Nusra insya Alllah berjanji akan
melindungi pahlawan tersebut bahkan sanggup melindungi isteri, anak serta
keluarga mereka dari dendam regim Syiah Basyar Assad ”.
Sementara itu hadiah
wang sejumah 2 juta euro akan diberikan kepada mereka yang berjaya membunuh
pemimpin Syiah Hizbullah, Hassan Nasrallah serta diberikan jaminan keselamatan
yang sama, Insya Allah”..
Dari sudut lain, pemimpin Jabhah Nusra
turut menyatakan bahawa antara tujuan dan campurtangan Russia di Syria ketika
ini adalah disebabkan kegagalan Iran dan Syiah Hizbullah melindungi Regim
Basyar Assad.Em
0 comments:
Post a Comment