Pemimpin hari ini tidak lagi memegang
istilah prinsip kepentingan bangsa sebaliknya atas dasar "sahabat"
kepada Amerika Syarikat, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)
berkemungkinan akan dimeterai, kata bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi
Junid.
Sanusi berkata, orang politik akan
mengatakan terdapat banyak manfaatnya kepada negara ini dengan menandatangani
TPPA namun hakikat sebenar adalah pemimpin negara kini sedang "lemas"
dan akan menggapai apa yang boleh bagi menyelamatkan mereka. "Kalau orang dah nak lemas dalam
sungai, dia akan capai kayu, najis pun dia pegang, dah tidak fikir kepentingan
bangsa. Kalau (mereka) cerita (soal kepentingan bangsa) kita boleh dengar
sahajalah," kata bekas setiausaha agung Umno itu ketika program Bicara
Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Sanusi Junid bertajuk "Perpaduan:
Mengapa kita masih keliru" di Kompleks Karangkraf di Shah Alam hari
ini.
Sanusi berkata, secara peribadi beliau
berpendapat Malaysia akan tetap menandatangani perjanjian perdagangan itu."Semua orang kata benda ini tak
elok. Saya dari awal lagi kata mesti tandatangan. Sebab mereka nak kawan dengan
Amerika Syarikat. "Kalau kita nak berkawan dengan
orang bersenjata, manfaat tidak adalah. Kalau kita tanya orang politik mereka kata
banyak manfaatnya. "Saya pun dulu orang politik. Tapi
sekarang duduk bertaubat banyak dah," katanya.
Beliau yang juga bekas menteri besar
Kedah berkata, sekiranya kerajaan memikirkan kepentingan rakyat, mereka tidak
akan menandatangani perjanjian itu. "Kalau berani dia orang tak
tandatangan, kalau takut dia orang tandatanganlah. Kalau nak jaga hati kawan,
Amerika Syarikat, tanda tanganlah," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed berkenaan rundingan TPPA. Menerusi laman Twitternya @NajibRazak
hari ini, perdana menteri berkata beliau dan Kabinet memberi mandat dan
kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma TPPA."Adalah tanggungjawab kerajaan
memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa
yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi," katanya.
Sementara itu, Mustapa dalam satu
kenyataan semalam berkata TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju mempertimbangkan
hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk
pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan Bumiputera.Mustapa berkata butiran fleksibel
diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan
berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara. Belia turut memberi jaminan keputusan
sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi
keputusan secara kolektif. TMI/ 6 Oktober, 2015.
0 comments:
Post a Comment