Sponsor

Friday, October 16, 2015

Tawaran Besar Untuk Rakyat Palestin Berpoligami Tapi Penjajah Zionis Pula Cuba Menghalang..?

Akhbar Israel, Yedeot Aharonot melaporkan Menteri Perundangan Israel, Epiliyet Shaked berkata, Israel sedang bekerjasama dengan Yahuda Ventishtan iaitu penasihat kepada badan pengadilan Israel untuk menghapuskan poligami yang diamalkan oleh rakyat Palestin di Wilayah jajahannya terutama di wilayah pinggiran.Dakwaan Yedeot Aharonot, poligami merupakan masalah dan mengganggu sistem umum dan kedamaian di kalangan masyarakat. Selain itu beliau menuduh poligami melecehkan wanita dan anak-anak selain mengembangkan kemiskinan di kalangan mereka.

Yedeot Aharonot mengatakan, pihaknya sedang melakukan pembicaraan intensif dengan perwakilan umum dibidang kemasyarakatan serta sejumlah kalangan untuk menerapkan undang-undang (menyekat poligami) ini. Merujuk kepada data yang dilakukan Israel, kecenderungan berpoligami dikalangan masyarakat Palestin mencapai angka 36 peratus dan semakin berkembang.

Dicatatkan pada tahun 2010, Gerakan perlawanan Palestin (Hamas) di jalur Gaza pernah menawarkan pembiayaan kepada warganya yang ingin berpoligami. Sebuah sumber, Almokhtsar melaporkan Hamas bersedia memberikan pembiayaan wang tunai sebanyak $ 2800 serta membangunkan kediaman mereka.
Bagaimanapun menurut sumber, pemberian ini khusus kepada lelaki yang mahu mengahwini para janda yang ditinggalkan suami mereka kerana mati syahid akibat penjajahan regim Zionis Israel. Tujuan tawaran Hamas adalah untuk meringankan beban para wanita janda dan poligami merupakan jalan terbaik bagi meringankan bebaan hidup serta dapat menjaga keluarga.

Mohammad Najm, seorang Profesor perundangan Islam di Universiti Al-Azhar mengatakan, “tingginya jumlah syuhada mengakibatkan banyak jumlah janda, begitu pula dengan gadis-gadis yang belum berkahwin.” Tambahnya lagi, amalan poligami di Gaza berdasar hukum dalam Islam dan apa yang berlaku di Gaza, poligami adalah jalan untuk menjaga para janda dari syuhada perang yang telah berjuang selama bertahun-tahun di Palestin.- Dari pelbagai sumber/Hidayatullah.com 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/