Sponsor

Monday, October 12, 2015

'Saya Lapor Atas Rasa Tanggungjawab', Kata Seorang Lelaki Yang Melaporkan Penemuan Bangkai Pesawat Di Kepulauan Tawi-Tawi, Filifina..

SERPIHAN sayap yang disahkan milik MH370 dilaporkan ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai lalu, namun sehingga kini bangkai pesawat tersebut masih belum ditemui.

SANDAKAN-“Sama ada berita itu benar atau tidak, saya serahkan kepada polis untuk menyiasatnya. Saya lapor atas rasa tanggungjawab.”
Demikian kata seorang lelaki, Jamil Omar, 46, (gambar kecil) di sebalik keputusannya untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan penemuan misteri sebuah bangkai pesawat dipercayai milik Malaysia di sebuah pulau terpencil di selatan Pulau Ubian, Kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina kelmarin.
Menurut Jamil, laporan yang dibuat di Balai Polis Sandakan pada Ahad itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang berasal dari Pulau Tabawan di selatan Filipina.
“Dia (Siti Kayam) datang ke sini (Sandakan) semata-mata untuk bertemu dengan saya dan menceritakan mengenai dakwaan pe­nemuan sebuah bangkai pesawat oleh penduduk di pulau ber­kenaan.

“Ibu saudara saya membawa bersama bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang didakwanya ditemui oleh penduduk di dalam pesawat berkenaan yang dipenuhi rangka manusia,” kata petugas Jabatan Penerangan Sandakan itu ketika ditemui di sini semalam.Kosmo/12 Oktorber 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/