SHAH ALAM - Dakwaan wujud komplot
untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkait
rapat dengan kuasa. Pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat
berkata, ketiadaan bekas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung
menyebabkan kedudukan tersebut terancam.“Masalah
kuasa dalam mana-mana parti di dunia ini sama sahaja kerana ia merupakan subjek
kepada kepimpinan seseorang ketua itu.
“Sekiranya
ketua itu kuat dari segi kepimpinannya maka mereka mempunyai kuasa untuk
mempertahankan kedudukan mereka. Perkara ini sedang dihadapi oleh PKR buat masa
sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum
ini Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin menerusi blognya mendakwa wujud
pihak dipercayai didalangi beberapa pemimpin parti yang kurang senang dengan
tindakan Wan Azizah mengenai penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan pada 22
September lalu. Selain
itu, beliau turut mendedahkan pengumuman Wan Azizah itu tidak disenangi 25 anggota
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang sekali gus membawa kepada wujudnya satu
petisyen mendesak supaya menarik balik kerjasama tersebut.
Mengulas
lanjut, Samsul Adabi berkata, dalam sosiologi politik, individu yang
mengelilingi kuasa itu mempunyai kepentingan tersendiri. Menurutnya,
kejayaan PR sebelum ini berkait rapat dengan kepimpinan karismatik Anwar
sewaktu menjadi ketua pembangkang.“Ini
adalah salah satu faktor kejayaan parti-parti pembangkang yang disumbangkan
oleh Anwar.“Anwar
merupakan aset besar kepada momentum PR sebelum ini dan perpecahan berlaku
apabila beliau tidak berada secara langsung,” katanya.
Ditanya
mengenai keutuhan dan kelangsungan perjalanan Pakatan Harapan yang baharu
ditubuhkan, Samsu Adabi berkata, selagi parti-parti pembangkang mempunyai
hasrat bersama untuk menumbangkan BN dan menakluki Putrajaya, mereka akan terus
bersama.Katanya,
pergolakan dalam PKR sedikit sebanyak sudah pasti akan memberi kesan kepada
Pakatan Harapan. SH/7 Oktorber 2015
0 comments:
Post a Comment