Sponsor

Saturday, October 24, 2015

Bekas TPM Persoalkan Sikap Berdiam Diri Pemimpin Umno Ketika Negara Dalam Situasi Kelam Kabut..?


Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?
Sikap segelintir pemimpin Umno yang sanggup mendiamkan diri meskipun mengetahui kebenaran kerana menjaga kepentingan dibidas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam nada keras, Muhyiddin berkata, ketika keadaan negara kelam kabut di waktu ini, hanya beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan."Hanya saya seorang bersuara yang lain buat apa."Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.
"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya pada program Bicara Minda; 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan supaya bersikap lebih berani seperti pesan Nabi Muhammad SAW supaya umatnya agar mengambil tindakan jika melihat perkara yang mungkar."Ketika dalam kerajaan saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat Timbalan Perdana Menteri ni."Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak pernah menyesal dalam menggerakkan perubahan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, pada ketika itu beliau mengambil keputusan menggesa Najib menandingi jawatan Presiden Umno kerana melihat kepada kredibiliti dan kelayakannya sebagai pemimpin."Saya tidak benci kepada Pak Lah tetapi saya fikir pada ketika itu tindakan perlu diambil bagi memastikan kedudukan Umno dalam pilihan raya dan saya beritahu pada Najib supaya dia bertanding jawatan Presiden."Saya tidak pernah menggugat kedudukan beliau (Najib) malah tidak pernah menentang beliau termasuk dalam isu GST dan BR1M. Jadi jangan persoalkan kesetiaan saya," SH/24 Oktorber 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/