ALOR
SETAR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Kedah akan memanggil semua
jabatan yang terlibat dengan kerja penebangan balak di Hutan Bukit Perangin,
Wang Perah untuk mendapat penjelasan.
Pengerusinya, Datuk Azmi Che Hussain berkata, masalah itu dianggap serius kerana aduan turut ditimbulkan penduduk dan wakil rakyat.“Saya harap semua pihak bersabar hingga siasatan penuh dibuat,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu,
penduduk di Kampung Wang Perah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melakukan
penebangan balak sejak setahun lalu hingga menyebabkan kampung mereka kerap
dilanda banjir dan menjejaskan sumber air bersih.
Pada
24 Oktober lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan
pemilik tanah di kawasan itu mempunyai hak membangunkan tanahnya selagi
menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri. Menurutnya,
tanah seluas kira-kira 2,000 hektar dibersihkan untuk membangunkan projek
pertanian oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) sebagai ladang getah.SH/26 Oktober 2015
0 comments:
Post a Comment