Sponsor

Tuesday, June 10, 2014

Siswa Dihalang Masuk Parlimen, Tapi Samseng Dibiar Ceroboh DUN...?..


siswa
Sekumpulan mahasiswa terpaksa menunggu hampir dua jam dan dibasahi hujan kerana dihalang memasuki bangunan Parlimen hari ini.
Mereka yang dihalang di jalan menuju ke bangunan itu bagaimanapun dibenarkan masuk setelah beberapa Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat yang sedang bersidang dalam Dewan Rakyat keluar menemui siswa terbabit.
“Mahasiswa nak masuk Parlimen kena tunggu hampir dua jam di jalan dan di bawah hujan. Itupun MP kena keluar untuk bawa mereka masuk baru dibenarkan masuk.

“Pelik macam mana samseng-samseng boleh masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan mudah sekali,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di twitter pagi ini.-KD/10 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/