Masalah kekurangan bekalan
minyak masak seperti menjadi kelaziman di negara kita setiap kali menjelang
Ramadan dan musim perayaan.
Pelik lagi aneh kerana Malaysia merupakan
pengeluar minyak sawit antara terbesar di dunia. Apakah puncanya, kelemahan
pengurusan ladang atau masalah pemasaran.
Isu sukar mendapat bekalan minyak masak
kedengaran di mana-mana. Bekalan bahan keperluan tersebut juga sukar diperolehi
di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu.
Kekurangan bekalan itu memberi peluang kepada
peniaga menaikkan harga minyak masak sehingga RM3.20 sekilogram. Sedangkan harga biasa RM2.60 sekg. Malah ada
kedai yang hanya menjual dua peket minyak masak sahaja kepada setiap pembeli.
Di Tumpat pula akhbar melaporkan pemborong
“memaksa” peruncit membeli barang lain sebagai syarat untuk mendapat bekalan
minyak. “Kalau nak bekalan minyak masak, saya kena beli
susu pekat manis. Saya juga diminta membeli gula sebagai syarat untuk membeli
minyak masak,” lapor akhbar terbabit.
Masalah itu seperti tidak pernah selesai, apakah
sebab musabatnya. Mungkin agak mengejutkan apabila tinjauan Harakahdaily
kelmarin mendapati minyak cap 303, cap lada dan cap sukan banyak diangkut
menyeberangi Sungai Golok. Bekalan minyak berkotak-kotak yang tertera
perkataan buatan Malaysia dipunggah ke tebing sungai dan diangkut pula dengan
motosikal ke Bandar Sungai Golok.
Tinjauan ke Bandar Sungai Golok pula mendapati
bekalan minyak tersebut diangkut ke tempat lain menggunakan perkhidmatan kereta
api. Malah seorang penduduk tempatan ketika ditemui
mengakui bekalan minyak masak dari Malaysia mudah didapati di selatan Thailand. “Saya diupah sebanyak RM15 setiap trip memunggah
minyak masak dari tebing sungai ke stesen kereta api Sungai Golok,” katanya
pekerja ketika ditemui.
Apakah ini faktornya sehingga bekalan minyak
masak semakin sukar di pasaran tempatan..-HD/12 Jun 2014
Cubaan 52 migran balik kampung gagal, ditahan dalam operasi
13 minutes ago
0 comments:
Post a Comment