Sponsor

Tuesday, June 24, 2014

Pertukaran Jawatan MB,...‘Biar Pemimpin PAS Sendiri Bercakap Bagi Pihaknya’..!..

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan menyebut, ia turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS". "Ramai maklum bahawa persetujuan dalaman telah dicapai oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk majoriti pimpinan PAS, untuk menggantikan menteri besar Selangor. 
"Ini bukanlah perkara baru, cuma transisinya memerlukan sedikit masa agar ia berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan. Oleh itu, pemimpin Pakatan termasuk pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad perlu mengambil pendekatan "berkepentingan musyawarah" sebelum membuat apa-apa kenyataan, katanya.-MK/24 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/