Sponsor

Monday, June 23, 2014

Solat Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik Dijadual Diadakan Di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring Selepas Asar....

Firman Allah SWT:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً
Maksudnya: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”. (Surah At-Taubah: 23)

Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut beliau, Allahyarham Ustaz Abu Bakar adalah tokoh PAS dan pemimpin masyarakat yang terlalu banyak jasanya kepada parti di peringkat negeri maupun peringkat pusat yang telah bergelumang seluruh hidupnya demi agama Islam dan perjuangannya sehingga penghujung hayat beliau.

"Tarikh kembalinya beliau kerahmatullah sama dengan tarikh pemergiaan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, 12 tahun yang lalu.

"Semoga keluarga beliau tabah dalam mghadapi ujian berat ini dan semoga roh beliau di tempatkan bersama roh para mujahid dan para syuhada insyaAllah," kata beliau.

Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi ini selepas kereta yang dinaiki bersama pembantunya Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil. Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu manakala Hasmizi yang memandu kereta Toyata jenis Camry tersebut cedera.

Menurut maklumat, kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang. Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.-Artikel HD/23 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/