Sponsor

Saturday, June 28, 2014

MILF Gesa Filifina Segera Melaksanakan Janji Sebuah Negara Kerajaan Bangsa Moro...

Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi jaminan bahawa kerajaan autonomi yang baharu di wilayah selatan negara ini akan ditubuhkan pada Januari tahun depan.

Penubuhan kerajaan Bangsamoro di wilayah autonomi Mindanao itu merupakan sebahagian komitmen Manila mengikut perjanjian damai yang dimeterai pada 27 Mac lalu hasil usahasama kerajaan Malaysia sebagai fasilitator.
Di bawah perjanjian berkenaan, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersetuju meletakkan senjata manakala kerajaan memberi kuasa kepada kumpulan pemisah itu untuk mengawal ekonomi dan kebudayaan wilayah terbabit.

Aquino memberi jaminan tersebut selepas Timbalan Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan Filipina dilihat sengaja melewat-lewatkan tindakan untuk melaksanakan perjanjian damai itu.
"Semua perkara (perjanjian) akan diselesaikan supaya mereka (MILF) boleh menubuhkan kerajaan pada Januari ini," kata beliau ketika mengunjungi wilayah Iloilo untuk merasmikan beberapa projek infrastruktur.
Dalam pada itu, Ghadzali berkata, Aquino dan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim mengadakan perjumpaan tergempar selama 15 minit di Hiroshima, Jepun pada Selasa lalu bagi membincangkan proses pelaksanaan perjanjian damai antara kedua-dua pihak.

Jelasnya, Murad dalam pertemuan tersebut menyuarakan kebimbangan tentang penangguhan proses penilaian Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL) yang masih belum diluluskan oleh Kongres pada bulan ini mengikut perancangan. "Bagaimanapun, saya berharap kerajaan boleh menepati tarikh akhir baharu iaitu 28 Julai ini di mana bermulanya persidangan Kongres, untuk meluluskan draf BBL," katanya. - AFP

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/