Sponsor

Thursday, June 12, 2014

Usul Hudud UMNO Di Selangor,...Tak Sabar Tunggu MCA Berdemo...!...

DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor seperti yang dilaporkan baru-baru ini. “Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan Barisan Nasional (BN) juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor. Adakah MCA beralih daripada kempen ‘katakan tidak pada hudud PAS’ kepada ‘katakan tidak kepada hudud Umno’ di Selangor.

“Adakah MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama. Yeo Bee Yin yang dipetik daripada BERNAMA.
Dalam kenyataannya, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Katanya, MCA terus mengelak untuk mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, bahkan membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan.- SK/12 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/