Sponsor

Monday, June 23, 2014

Seloroh Ibrahim Ali ‘Lebih Sudu Dari Kuah’,..!..

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyindir pemimpin PAS yang didakwanya takut kehilangan undi sehingga tidak berani hadir ke Mahkamah untuk menyokong keputusan berhubung kes rayuan kalimah Allah hari ini.

“Saya dengar orang-orang PAS sudah berada di pintu syurga sebab itu mereka tak datang ke sini."Mereka ini bukannya takut kepada Allah tetapi takut hilang undi," kata beliau secara berseloroh ketika ditemui media di lobi Istana Kehakiman Putrajaya.

Beliau mendakwa, pemimpin tersebut tidak berani hadir memberi sokongan, walau membuat kenyataan bertentangan dengan ketetapan Majlis Syura PAS - bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pemimpin PAS.

Ibrahim bersama kira-kira 200 orang yang majoritinya ahli PERKASA berhimpun untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk rayuan berkenaan kes penggunaan kalimah Allah di Mingguan Katolik The Herald. Ibrahim nyata gembira dan menerima baik keputusan oleh panel tujuh orang hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Ibrahim yang juga bekas MP Pasir Mas menggesa masyarakat Islam dan bukan Islam menghormati keputusan tersebut dan memulakan satu persekitaran kehidupan yang aman dan harmoni. "Kita meganggap kes ini sudah selesai. Kita tutup kes dan pandang ke depan. "Hubungan antara orang Islam dan bukan Islam kena harmoni macam biasa," kata beliau.
MK/23 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/