Sponsor

Thursday, June 19, 2014

Siswi Berpurdah Tidak Dibenarkan,..Yang ‘Menjolok Mata’ Tu..Tak Ape La Pulak...?..

Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya mengecam tindakan mengarahkan seorang siswi menanggalkan purdahnya untuk masuk ke dewan peperiksaan. Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.

"Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri," soal beliau dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kejadian Isnin lalu, di mana seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya. Mengulas lanjut beliau berkata, pihak seksyen peperiksaan kampus itu juga bertindak secara "double-standard", apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian. Sedangkan kata beliau, rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti. 

"Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswi yang berpakaian mencolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib," kata beliau lagi.

Pihak Hewi PMIUM juga katanya, menuntut pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.  "Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya?  "Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti," tegasnya.

Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian 
yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.  HD19/6/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/