Sponsor

Saturday, June 21, 2014

Perubahan Jawatan MB Selangor Perlu Persetujuan Pemimpin Parti Dalam Pakatan Rakyat Dan Perkenan Sultan...


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor. "Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.
"Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini.
Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).-MI/ 21 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/