Sponsor

Tuesday, June 17, 2014

[Hikmah] Dari Model Seksi Kepada Model Berjilbab....

Kiri - Foto Terkini
Tidak seperti apa yang kita sangka. Seringkali kita menganggap seseorang yang berperilaku buruk maka selamanya akan sentiasa buruk. Namun hakikatnya tetap berlainan kerana kehendak Allah itu tidak dapat dicapai oleh akal manusia. Manusia juga boleh berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan kehendak Allah yang maha esa.

Inilah yang terjadi kepada seorang model pakaian dalam wanita Inggeris. Carley Watts ‘24 tahun, memang terkenal dengan model seksi. Profesion nya sebagai model pakaian dalam mengharuskan nya tampil dalam image wanita seksi yang mendedahkan aurat.

Kini semuanya itu hanya tinggal kenangan. Kehidupan glamournya satu masa dulu ditinggalkan setelah beliau memilih Islam. Dengan penampilan terbaru, Carley Watt  memilih untuk mengenakan Jilbab sesuai dengan peraturan terhadap wanita Muslim.

Keputusan Carley Watt untuk menerima Islam bukan datang begitu sahaja tanpa ada dorongan tertentu. Pada awal nya, Carley telah bertemu dengan seorang jejaka Mohammed Salah ’25 tahun, yang berasal dari Tunisia pada April 2013 lalu. Jejaka yang bertugas sebagai penjaga pantai dan penyelamat itu benar-benar menarik perhatian Carley. Kedua-duanya kini dalam percintaan hebat dan memutuskan untuk berkahwin.-Sumber asal/Mb

Bawah - Foto Berlalu

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/