Sponsor

Tuesday, June 17, 2014

Pulangkan Bible - NGO, MAIS Dan JAIS Tidak Tunduk Arahan Peguam Negara...

Kumpulan NGO yang hadir pada sesi sidang media menyokong Jais dan Mais, semalam.
Lebih 100 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menyarankan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak tunduk arahan Peguam Negara yang mahu naskhah Bible yang dirampas Januari lalu dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Pengerusi Pembela-pembela Islam Kebangsaan (Pembela), Hafiz Nordin yang mewakili gabungan itu berkata, tidak ada keperluan untuk Jais memulangkan kitab berkenaan sedangkan secara terang-terangan kandungannya mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan enakmen jenayah negeri. 
“Kitab Bible itu guna kalimah ALLAH yang secara terang bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam menggunakannya. “Bahkan perkara itu juga bertentangan dengan fatwa dan enakmen jenayah negeri Selangor,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.
Gabungan itu turut diwakili Perkasa, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim). Beliau memaklumkan gabungan NGO itu juga akan membuat laporan polis supaya  satu siasatan dapat dijalankan terhadap Peguam Negara, Abdul Ghani Patail yang telah mengeluarkan kenyataan menyamakan naskhah Bible itu dengan kitab Injil. “Menyamakan Injil dengan Bible itu merupakan satu kesalahan syariah. Kita buat laporan supaya beliau disiasat, jika beliau tidak mahu  didakwa, beliau kena letak jawatan,” katanya.
Terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan tidak ada pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan lebih 300 naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban pada Januari lepas, sekali gus menutup kes itu. Jabatan peguam berkenaan memutuskan naskhah yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Kerajaan negeri kemudiannya meminta agar Jais memulangkan kembali naskhah yang dirampas kepada PBM.

Mais kemudiannya tampil dengan kenyataan menyatakan keengganan mereka berbuat demikian, selepas keputusan dalam mesyuarat Mais pada Jumaat lalu secara jelas menyatakan Jais mematuhi ketetapan undang-undang mengikut Kanun Acara Jenayah, yang memperuntukkan sesuatu barang yang disita ketika penyiasatan boleh dirujuk kepada mahkamah untuk perintah pelupusan, di mana permohonan berkenaan perlu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Difahamkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengadakan pertemuan bersama Mais dan Jais berhubung isu itu petang semalam.
-SH/17 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/