Sponsor

Saturday, June 21, 2014

Sesama Pemimpin Tak Puas Hati, Desak Tukar MB,..Bagaimana Jika Rakyat Tak Puas Hati Kepada Parti Pemerintah..?, ‘Pasti Rakyat Akan Tukar Parti’..!..


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ketidakgembiraan adalah perkara biasa yang berlaku dalam arena politik. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Jun, 2014.

Meskipun didesak oleh semua pihak Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tetap dengan pendirian ia merupakan satu perkara biasa yang berlaku dalam arena politik.
Katanya oleh kerana terpaksa menangani banyak isu sensitif menyebabkan beliau sering dilihat mengambil pendekatan yang dilihat bukan bertujuan mendapatkan keselesaan dan kesukaan tetapi hanya melakukan berlandaskan undang-undang dan peraturan sedia ada. "Ketidakgembiraan adalah perkara biasa kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tata tertibnya dan undang-undang," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan Majid dan surau negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai komen PAS kepada beliau yang banyak mengkritik pentadbirannya dalam kerajaan negeri. Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata Khalid  bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP menolaknya.
Katanya penolakan PAS negeri itu berpunca kerana tindakan Khalid yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya ituMalah ia turut disokong bekas Persuruhajaya PAS negeri Dr Rani Othman yang menyatakan Khalid perlu mengubah cara pentadbirannya untuk lebih mendengar pemimpin PR yang lain.
MI/21 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/